Taklimat Keselamatan Siber dan Advokasi SK Rantau Panjang

18 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Januari 2020, Jumaat, Pusat Internet (PI) Kg. Bandong dengan kerjasama PI Rantau Panjang telah mengadakan Taklimat Keselamatan Siber dan Advokasi untuk murid-murid Tahun 5 di SK Rantau Panjang yang bermula dari pukul 8:00 pagi sehingga 10:00 pagi bertempat di makmal komputer SK Rantau Panjang. Seramai 54 orang peserta yang menyertai taklimat tersebut yang terdiri daripada 49 orang murid-murid dan 5 orang guru.

Antara topik yang dikongsikan adalah Pengenalan PI, Pengenalan kepada program advokasi, Cek Label Anda, eSisa Mudah Alih, Buli Siber, Penyebaran Maklumat Palsu, Perkongsian secara Berlebihan dan Permainan Atas Talian.

Para peserta diberikan kuiz untuk menguji tahap pemahaman terhadap apa yang telah dikongsikan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali